Murabbi Tegar

Saturday, January 26, 2013

Laa Adri

Perkongsian Ilmu.. Semoga bermanfaat untuk kita.. 


Kata Imam Ghazali,
"Jikalau mereka ditanya mengenai hukum yang benar-benar jelas ada dalam al-Quran dan Sunah, ijmak dan qias maka berfatwalah mereka. Dan apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan menjawab, 'La adri (aku tidak tahu)', jika mereka ditanya mengenai sesuatu yang hampir diyakininya, berdasarkan ijtihad dan tekaan mereka, maka mereka akan berhati-hati, mempertahankan diri dan menyerahkan penjawapan kepada orang lain, jika ada kemampuan tersebut pada orang lain." (Ihya Ulumuddin, jidil 1)

Asy-Sya'bi berkata,
"La adri adalah setengah daripada ilmu. Sesiapa yang berdiam diri kepada perkara yang tidak diketahuinya kerana Allah taala, maka tidak akan kurang pahalanya berbanding orang yang berkata-kata. Kerana mengaku bodoh adalah perbuatan yang berat bagi seseorang itu."

Ibnu Mas'ud menerangkan,
"Orang yang memberi fatwa terhadap semua persoalan yang diminta kepada mereka fatwanya adalah gila!" Seterusnya beliau menyambung, "Benteng orang alim itu adalah la adri. Jikalau ia menyalahkan benteng itu, maka sesungguhnya bencana akan menimpa di tempat-tempat mereka berperang."

Berdasarkan riwayat2 tersebut, wajarlah kita sebagai orang Islam mengambil iktibar daripada para ulama muktabar salafus soleh dalam urusan harian kita. Janganlah menjerumuskan diri kita ke dalam lembah kehinaan hanya kerana sebuah ego dan takut dianggap orang tidak berilmu.

Setiap persoalan khususnya mengenai agama dan hukam-hakamnya mesti dijawab dengan berhati-hati agar tidak berlaku penambahan atau pengurangan dan jika tidak tahu maka jawab sahaja, "La adri".

Sama2 kita amalkan ya.. :)

No comments:

Post a Comment